Contoh-contoh Bakul SARAWAK
Sarawak adalah negeri yang kaya dengan sumber semulajadi. Penduduk aslinya menyara hidup dengan memanfaatkan hasil bumi yang ada di persekitaran tempat mereka tinggal. Aktiviti-aktiviti harian mereka adalah bercucuk-tanam, memburu, memancing dan mengumpul hasil-hasil hutan yang sedia untuk dimanfaatkan bagi kegunaan mereka. Bahan-bahan untuk anyaman boleh didapati dengan mudah seperti rotan, buluh, daun nipah, mengkuang dan buluh bemban. Bahan-bahan ini telah diubah menjadi barang-barang yang amat berguna seperti bakul, terendak dan tikar. Sebahagian daripada barang-barang ini memiliki fungsi yang khas dan tersendiri dalam upacara-upacara keagamaan.
Bakul adalah bekas yang sering digunakan untuk membawa dan meletakkan barang. Apa yang menarik adalah setiap bakul yang dibuat mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Ada bakul yang disediakan khas untuk bercucuk tanam, menuai, menyimpan dan membanting padi termasuklah bakul khas untuk mengumpul buluh dan paku-pakis, untuk memancing dan menyimpan barangan peribadi. Sepertimana bakul yang mempunyai pelbagai fungsi, topi juga mempunyai peranan yang berbeza-beza. Ada terendak dibuat khas untuk kegunaan petani-petani semasa mereka berada di sawah bagi melindungi diri daripada panas dan hujan. Tikar bukan sahaja dimanfaatkan untuk berehat dan tidur tetapi juga digunakan untuk menjemur padi, membanting padi dan digunakan secara meluas di pesta-pesta menuai serta upacara keagamaan.
Menganyam bakul bukan sahaja sekadar untuk kegunaan harian, menurut masyarakat Iban, kemahiran menganyam bakul yang cantik akan menaikkan taraf seseorang wanita itu di dalam masyarakatnya. Adat ini diperkayakan lagi oleh kehadiran pelbagai kumpulan etnik di Sarawak. Bakul dan hasil anyaman setiap kumpulan etnik memiliki corak khas dan menggunakan teknik tersendiri.
Orang Penan amat terkenal dalam menghasilkan tikar rotan yang digunakan untuk tidur/baring dan bakul yang amat halus buatannya. Tikar dan buluh tersebut dianyam dengan teliti dan dicorakkan dengan warna coklat kekuningan dan coklat gelap atau hitam dan digubah menjadi corak burung enggang, labah-labah dan motif bunga-bungaan. Bakul yang paling terkenal dipanggil ajat, diperbuat daripada rotan yang halus berbentuk silinder dan dipasangkan dengan dua tali pengikat untuk disangkut pada kedua-dua bahu.
Bakul ingan, berbentuk silinder yang disokong dengan empat kayu yang tertacak pada setiap tepinya sebagai kaki. Bahagian atasnya sedikit terbuka dan diperbuat daripada rotan yang lebar, digunakan untuk membawa barang atau sebagai bekas penyimpanan. Bakul ini dikaitkan khas dengan orang Kayan yang sering menggunakannya. Bakul jenis ini digunakan untuk membawa barang dalam perjalanan jauh, menyimpan padi dan barangan peribadi di rumah panjang.
Orang Bidayuh membuat pelbagai jenis bakul yang berbagai-bagai saiz. Yang paling popular ialah tambok. Seperti ingan orang Kayan, ia berbentuk silinder dan disokong dengan empat kayu. Orang Bidayuh membawa hasil yang diperolehi dari hutan dengan menggunakan bakul ini di bahu dan tali lebar disangkutkan pada dahi mereka. Tidak seperti masyarakat etnik yang lain, orang Bidayuh menganyam bakul mereka dengan rotan yang disusun menegak dan melintang.Chantong adalah bakul lain yang juga dihasilkan oleh orang Bidayuh. Ia dianyam dengan begitu halus dan ditambah dengan kulit dan ditutup seperti bakul dram. Bentuknya seperti ingan orang Kayan dan ianya digunakan untuk menyimpan barangan peribadi. Dahulu, semasa aktiviti memburu kepala dijalankan, kepala-kepala yang diperolehi disimpan di dalam bakul ini dan digantung di anjung rumah.
Orang Melanau yang menduduki persisiran pantai menghasilkan pelbagai bakul daripada yang berpenutup bulat yang dikenali sebagai bakul rejang sehinggalah dompet, tas tangan moden dengan kombinasi tradisional berwarna semulajadi, hitam dan merah. Bakul-bakul ini dihasilkan daripada rotan atau bemban.
Masyarakat etnik ini juga amat dikenali dengan topi tradisionalnya iaitu terendak. Ianya besar dan berbentuk kon, selalunya dibuat daripada daun nipah dan dihiasi dengan buluh dan nipah bermula daripada bahagian tengah atas dan berwarna hitam dan merah. Tali rotan dijahit di sekeliling topi berkenaan untuk mengukuhkannya.
Antara bakul terkenal yang dihasilkan oleh orang Iban adalah bakul raga. Saiz bakul ini kecil, lebih kurang 10 inci tinggi dengan lengkungan kayu lembut pada atasnya dan bersegi empat di bahagian bawahnya tanpa kayu sebagai penyokong. Ia dianyam dengan begitu halus dan sering dihiasi simbol-simbol yang menggambarkan upacara penuaian padi. Bakul-bakul ini sering disangkut pada bahu dan diikat pada pinggang untuk menyenangkan si pemakai dalam kerja-kerja penanaman .
Masyarakat Kelabit menghasilkan pelbagai bakul untuk membawa dan menyimpan padi. Saiznya besar dan berbentuk silinder dan seakan-akan kon serta disokong dengan kayu yang tercacak di bahagian tepinya. Pada kebiasaannya, ia dicorakkan dengan lengkungan horizontal yang berkait rapat dengan percambahan padi.
Thursday, November 5, 2009
Anyaman Buluh
Anyaman Buluh
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.
Memproses Bahan
Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :
Merendam
Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.
Menyalai
Hasil anyaman buluh Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
Sejarah Anyaman
Sejarah
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.
* Anyaman Buluh
* Anyaman Pandan dan Mengkuang
* Anyaman Rotan
* Anyaman Ribu-ribu
* Anyaman Lidi

Pengenalan Anyaman
Pengenalan
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.
Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.
Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.
Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.
Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).
Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.
Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.
Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku.
Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.
Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.
Zaman dahulu menganyam tikar,
Sunyi menyepi desa terpinggir,
Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir.
Buluh muda mudah dilentur,
Buat ampaian penyidai jala,
Semangat juang belum luntur,
Seni anyaman jangan dilupa.

Subscribe to:
Posts (Atom)